Saturday, 6 August 2016

rumput napier

kaedah pembiakan tampang bagi rumput napier adalah melalui keratan batang,stolon dan menggunakan anak benih. cara ini biasa dilakukan kepada tumbuhan pastura yang berbunga atau tidak berbunga. untuk penanaman melalui keratan batang, batang tersebut hendaklah tidak terlalu tua.

Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:- 1. Menanam secara cucuk 2. Menanam secara baring 3. Menanam tidak mengunakan baris Menanam secara cucuk Batang- batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku, 3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45º condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm. 

Ciri Ciri Pastura yang diingini
-Hasil sepanjang masa ( kandungan bahan kering)
-Nilai zat yang tinggi, terutama kandungan proton kasar
-Mempunyai nilai penghadaman yang baik ( mudah dihadamkan)
-Tahan lasak iaitu tahan kepada keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula dari segi penjagaan
-Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula ( selepas potong atau diragut) yang cepat
-Kadar daun berbanding batang adalah tinggi
-Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang
-Berekonomik untuk di usahakan
-Lazat iaitu digemari oleh ternakan


Bracharia Mutica / Para Grass/ Rumput sawah
Famili: Gramineae (pastura)
Tanam: Biji benih / Batang 1’ X 2’
Protien kasa: 13% ( 3 minggu kematangan)
100-110 metrik tan/ hektar/ tahun




Bracharia Decumbens / Signal Grass/ Rumput Selon
Famili: Gramineae (pastura)
Tanam: Biji benih/ batang stolon
Protien kasar: 10% (3 minggu kematangan)
75-100 metrik tan/ hektar/ tahun



No comments:

Post a Comment