Saturday, 6 August 2016

Ikan hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. Ikan hiasan dianggap sebagai penyeri diruang rumah mahukan dijadikan sebagai aset penting seperti zoo dan pelancongan. Jom kita kenali ikan hiasan paling popular di Malaysia.

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar.1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik.Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan


Dari keluarga Cyprinidae
Antaranya Barb, Seluang ( Rasbora ) dan Kap sepertiKelah dan Tengas.




Dari keluarga Anabantidae
Antara ikan yang popular sebagai ikan hiasan dari keluarga ini ialah Ikan Pelaga, Sepat dan Kaloi.


Colissa Lailia,spesies ikan sepat hiasan popular

Pearl Gouramy, Ikan sepat memerlukan air yang masam ,elakkan menukar air selalu.Namun pastikan tangki atau akuarium anda bersih.




Ikan Kaloi turut menjadi ikan hiasan yang popular di Malaysia




Ikan Pelaga, murah dan popular sebagai ikan hiasan, teringat zaman kanak-kanak dulu bawa bekas sauk dan balang ,cari ikan laga dan belut

Dari keluarga Poecilliidae.
 Antara yang paling popular dari spesies ini termasuklah Ikan Guppy.Platy Molly dan SwordTail


Ikan Guppy merupakan antara ikan hiasan yang popular, dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai ekor yang kembang dengan pelbagai warna dan corak, gambar atas ialah molly guppy dan gambar di bwah ialah tuxedo guppy




SwordTail antara ikan hiasan paling banyak di kedai akuarium negara, harganya murah dan senang untuk dibela.

Dari keluarga Cichlidae
Antara Ikan popular ialah Ikan Angel,Discus dan Oscar




Ikan Angel,biasa lihat di kedai ikan, tetapi belum pernah cuba membelanya.Antara ikan yang cantik dibela di akuarium.Antara sifat terbaik ikan ini ialah sangat sayang akan anak-anaknya dan dikenali sebagai ikan 'parental care'
Discus ikan hiasan yang paling rumit jagaannya,namun jika anda ingin buka kedai ikan hiasan, ikan ini mesti ada,kerana harganya mahal,tetapi tinggi permintaannya.
Berasal dari Eropah,namun sudah banyak dibiakkan di Asia,memerlukan kualiti air serta makanan yang baik jika anda ingin membelanya.



Oscar,memang laris dipasaran

Dari keluarga Osteoglossidae

Antara yang paling popular dan dikatakan antara ikan hiasan paling mahal di dalam kelasnya, iaitu Arowana atau Ikan Kelisa.namun ikan ini semakin pupus dari sungai di Malaysia.Biasanya berwarna Meraha, Eams dan Hijau. Memerlukan modal yang tinggi untuk membelanya,dek kerana harganya yang sangat mahal bergantung kepada saiz, umur dan warna.Walaupun bermuka ganas,ikan ini semakin berkurangan kerana tangkapan yang beleluasa seperti di Sungai Kerian Perak (dulu saya pernah tulis tentangnya )


Arowana

rumput napier

kaedah pembiakan tampang bagi rumput napier adalah melalui keratan batang,stolon dan menggunakan anak benih. cara ini biasa dilakukan kepada tumbuhan pastura yang berbunga atau tidak berbunga. untuk penanaman melalui keratan batang, batang tersebut hendaklah tidak terlalu tua.

Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:- 1. Menanam secara cucuk 2. Menanam secara baring 3. Menanam tidak mengunakan baris Menanam secara cucuk Batang- batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku, 3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45º condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm. 

Ciri Ciri Pastura yang diingini
-Hasil sepanjang masa ( kandungan bahan kering)
-Nilai zat yang tinggi, terutama kandungan proton kasar
-Mempunyai nilai penghadaman yang baik ( mudah dihadamkan)
-Tahan lasak iaitu tahan kepada keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula dari segi penjagaan
-Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula ( selepas potong atau diragut) yang cepat
-Kadar daun berbanding batang adalah tinggi
-Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang
-Berekonomik untuk di usahakan
-Lazat iaitu digemari oleh ternakan


Bracharia Mutica / Para Grass/ Rumput sawah
Famili: Gramineae (pastura)
Tanam: Biji benih / Batang 1’ X 2’
Protien kasa: 13% ( 3 minggu kematangan)
100-110 metrik tan/ hektar/ tahun




Bracharia Decumbens / Signal Grass/ Rumput Selon
Famili: Gramineae (pastura)
Tanam: Biji benih/ batang stolon
Protien kasar: 10% (3 minggu kematangan)
75-100 metrik tan/ hektar/ tahun



Monday, 18 July 2016

assalamualaikum dan salam sejahtera, pertamanya sekali,saya ingin mamanjatkan kesyukuran kepada illahi dan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi blog saya ini. kambing boer berasal daripada "Afrika Selatan". "boer" bermaksud petani,kambing jenis ini telah diternak sejak 65 tahun yang lalu.

kambing boer ini adalah satu-satunya kambing yang dijadikan kambing pedaging kerana kadar pertumbuhannya yang begitu cepat. kambing ini akan mencapai berat sehingga 35-45kg dalam masa lima hingga enam bulan. kambing ini membesar berkadaran 0.02-0.04 kg per hari.

kambing boer jantan bertubuh kuat dan besar. kambing ini juga dapat hidup dalam keadaan yang ekstrem iaitu dari suhu 25 darjah celsius sehingga 43 darjah celsius. selain itu, kambing boer ini mjuga tahan terhadap penyakit.



Anatomi kambing boer